Selasa, Ogos 24, 2010

Hulurkan tangan ringankan beban



Sayu rasanya apabila dapat bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Mak Teh Kangar Perlis. Ini adalah kali pertama aku bersama dengan adik-adik yatim ini. Sentiasa berharap agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kelak. Amin..Dapat di lihat dari riak wajah mereka betapa mereka memerlukan belaian kasih sayang dari ibu mahupun seorang bapa. Mungkin kesunyian mereka sedikit sebanyak terubat bila abang2 dan kakak2 angkat membawa mereka membeli persiapan raya. Rasa seronok apabila melihat mereka gembira dan rasa sedih apabila mereka berasa duka. Kepada adik2 ku ini tabahkan hatimu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin agar dapat menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada masyarakat 1 hari nanti..:)
  
                                                   ..Bersama dengan penghuni Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar..


                                                    ..Ini lah rumah Anak Yatim Mak Teh kat Kuala Perlis..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...